Saturday, 5 October 2013

Kau Sahabat Kau Teman..



Assalamualaiku>.<

"Perginya bagai satu tanda.."
Teman, 
Betapa pilunya hati menghadapi perpisahan.
Pahit manis perjuangan telah dilalui bersama.
Semoga ALLAH meredhai persahabatan 
perpisahan ini..

Hari ini,jika kita sedang ketawa belum tentu esok kita gembira. Hari ini, seandainya kita menangis duka, boleh jadi esok kebahagiaan akan tiba. Segalanya belum pasti. Apakah ia milik kita atau milik orang lain?

Apabila ditanya mengapa kita ditakdirkan bertemu,seorang menjawab bahawa tujuan pertemuan itu adalah untuk berpisah.Termangu-mangu juga saya memikirkannya. Namun,kebenarannya tetap ada.

Ya,bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Lebih manis jika pertemuan dan perpisahan yang berlaku itu adalah kerana ALLAH S.W.T. Walaupun pahitnya akan terasa,mahu atau tidak perlu merelakannya.

Itulah yang perlu kita hadapi.Umpama tiada jawapan yang pasti,kita tidak pernah tahu bila dan bagaimana perpisahan itu akan terjadi. Namun,ia tetap akan berlaku.

Mungkin ada di antara kita pernah atau masih lagi menimba ilmu.Berada di dalam lingkungan sahabat-sahabat,secara prinsipnya kita sudah mengetahui bilakah masanya kita akan berpisah dengan mereka.

Berbeza bagi golongan yang berada di lapangan kerja atau organisasi. Tarikh perpisahan masih lagi menjadi tanya.Bagaimanapun,ia pasti terjadi.Merelakan perpisahan itu pahit,tetapi di dalamnya tersembunyi kemanisan untuk dirasai.

"Jika ini jalan terbaik untuk aku,aku terima.Lagipun,aku telah berbincang dengan semua orang yang terdekat.Ramai yang menyokong tindakan aku untuk berhenti di sini.Kadangkala kita kena terima hakikat,rezeki kita bukan di sini.Atau di sebalik perpisahan ini,ALLAH mungkin akan menemukan kita semula di dalam suasana yang lebih baik daripada hari ini. Jangan kecewa.Berdoalah agar perpisahan ini diberkati dan dirahmati," jujur sahaja kata-kata seorang teman.

Ya.Ketika pertama kali meluahkan hasrat untuk mengundur diri dari lapangan ini,teman tersebut bersedia menilaikannya kembali setelah nasihat dan pujukan diberi.

Lama-kelamaan, dia akur jua dengan kehendak hati.Urusan dan perancangan bersama keluarga tidak dapat dielakkan. Memaksanya mengambil keputusan meninggalkan sahabat-sahabat yang semakin hari semakin akrab.Berat hatinya melangkah,berat jua hati melepaskan.Namun,hari ke hari, langkahnya tampak lebih yakin.Sesekali menunjukkan keyakinan bahawa keputusan yang diambil adalah tepat.

"Apa yang aku nak,mungkin tiada di sini.Atau mungkin aku tidak tahu apa yang aku cari di sini sebenarnya. Pada aku,sekiranya sudah tidak mampu memberikan kegembiraan di sini,aku tidak akan membiarkan diri menyusahkan orang lain pula," ujarnya berterus-terang.

Tutur kata menampakkan kualiti yang ada pada dirinya.Mahu pergi,bukan kerana mahu meninggalkan amanah. Saya pasti ada tanggungjawab yang lebih besar menanti di luar sana. Melihatkan hari-hari terakhir kariernya,ternyata semakin bersemangat dalam setiap langkah.

Keyakinan yang kelihatan membuktikan dia mahu meninggalkan sesuatu yang harum untuk dikenang.Sekurang-kurangnya sebagai satu tanda. Ya. jarang benar saya bertemu orang sepertinya.Malah, diri saya sendiri pun belum tentu dapat melakukan sepertinya.Orang kata,sudah dapat gading bertuah, tanduk sudah tidak berguna lagi.

Benar,ada kalanya apabila sesuatu yang dihajati telah tiba dan hadir di hadapan mata,kita tinggalkan segala jasa orang lain begitu sahaja.Tambah-tambah lagi,meninggalkan sesuatu yang buruk untuk dikenang.

Selain itu,dek mementingkan diri sendiri,kita tinggalkan tanggungjawab yang belum dilangsaikan hingga menjadi beban kepada orang lain.Biarlah saya tujukan semua ini kepada diri sendiri.Ya.Suatu hari nanti,kita semua akan berpisah mengikut haluan masing2.Berazam lah untuk menghiasi perpisahan itu dengan sesuatu yang mendatangkan rahmat ILAHI.

Pernah disebut kepada kita bahawa antara tujuh golongan yang berada di bawah naungan Allah s.w.t adalah dua orang bersaudara yang bertemu dan berpisah mereka hanya kerana-NYA.Bukankah perpisahan sebegitu rupa jua yang kita inginkan?

Benar.Perpisahan itu sebahagian daripada ujian.Malah,memberi bukti betapa ALLAH Maha Menemukan dan Memisahkan.Bersedia atau tidak,kita harus menempuhinya. Bagaimanapun, ia senang diucapkan tetapi sukar untuk dilaksanakan.

Jadikanlah perpisahan itu sebagai sesuatu yang dapat kita ingati.Ketika bersama,kita pernah berpadu tenaga mengikat janji setia untuk mendaulatkan syariat ILAHI.Usahlah sesekali dibiarkan perpisahan itu memberi gambaran negatif kepada maruah diri. Apatah lagi kepada agama yang mungkin mengundang fitnah yang memudaratkan.

Perpisahan yang terjadi,pasti ada hikmah di sebaliknya. Itu adalah janji ALLAH S.W.T kepada kita sebagai hamba-NYA. Yang hilang akan berganti,yang patah akan tumbuh kembali.Begitujuga,setiap yang berpisah pasti akan bertemu jua akhir nanti.Bila dan bagaimana adalah urusan DIA Yang Maha Berkuasa.Biarlah  segalanya ditentukan ILAHI kerana kita hanya mampu merancang.

Buat teman yang meniti hari-hari perpisahan,hayatilah lagu ini.. 

                                                         Doa perpisahan by Brothers..

Wassalamu’alaikuJ


No comments:

Post a Comment