Assalamu’alaikum >.<
Sepuluh pesanan Imam Syafie..
Menurut Imam Syafie,sesiapa yang ingin meninggal dunia dalam keadaan selamat,maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara berikut:
1.Hak kepada diri: Mengurangkan tidur,makan,percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2.Hak kepada kubur:Membuang tabiat suka menabur fitnah,tabiat kencing merata-rata,memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
3.Hak kepada malaikat maut:Mengqada'kan kewajipan2 yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada ILAHI.
4.Hak kepada Munkar dan Nakir:Tidak berdusta, berkata benar,meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
5.Hak kepada mizan(neraca timbangan amal pada hari kiamat):Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.
6.Hak kepada malaikat penjaga neraka:Menangis kerana takutkan ALLAH S.W.T , berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terangan dan sembunyi serta memperbaiki akhlak.
7.Hak kepada malaikat penjaga syurga:Redha dengan qada' dan qadar ILAHI, bersyukur ke atas nikmat-NYA, bersabar apabila menerima ujian dan bertaubat.
8.Hak kepada titian yang merentangi neraka pada hari akhirat:Membuang tabiat suka mengumpat. Suka membantu orang yang beriman, bersikar warak dan suka berjemaah.
9.Hak kepada Nabi Muhammad s.a.w:Berselawat ke atas baginda, bergantung kepada sunnah, berpegang kepada syariat, mencintai para sahabat dan bersaing dalam mencari keradhaan ILAHI.
10.Hak kepada Allah s.w.t:Mengajak manusia ke arah kebaikan , mencegah daripada melakukan maksiat dan mencintai ketaatan.
Wassalamu’alaikum J
-smile- ma'assalama.. :)
No comments:
Post a Comment