Assalamu’alaikum >.<
Hai,apa khabar semua rakan2 bloggers..??
~Semoga sihat sejahtera~
Hari nie Zati nak ceritakan sedikit tentang..Ha!!yang kat atas tu lah..iaitu.
"Rahsia Kelebihan Hari Isnin.."
Pada hari Isnin ini banyak terjadi peristiwa-peristiwa dan kisah-kisah yang mempunyai keutamaannya.Terutamanya berkaitan tentang pesan-pesan ALLAH SWT kepada para Nabi dan Rasul agar menyembah hanya kepada ALLAH SWT.
Firman ALLAH SWT bermaksud:
"Janganlah kamu menyembah dua tuhan,sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa,maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut."(An-Nahl:51)
Anas bin Malik ra. berkata:"Rasulullah SAW telah ditanya oleh para sahabat tentang hari Isnin.Baginda menjawab:Hari Isnin adalah hari pelayaran dan perniagaan.Kemudian mereka bertanya lagi.Mengapa demikian Wahai Rasulullah?Baginda menjawab lagi.Kerana Nabi Syaits as.telah berlayar pada hari Isnin untuk berniaga dan beliau mendapat keuntungan yang banyak dalam perniagaan itu."
Kemudian sebahagian ulama telah mengatakan bahawa ALLAH SWT telah menentukan hari Isnin itu mempunyai tujuh keutamaan atau kelebihan:
1. Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin.
2.Nabi Musa as. telah pergi ke Bukit Thursina pada hari Isnin.
3.Turun ayat tentang ke-Esaan ALLAH SWT pada hari Isnin.
4.Rasulullah SAW telah dilahirkan pada hari Isnin.
5.Jibril as. turun pertama kalinya menemui Rasulullah SAW pada hari Isnin.
6.Semua amal-umat ditunjukkan kepada Rasulullah SAW pada hari Isnin.
7.Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin.
Ha!!inilah dia di antara kelebihan2 hari Isnin..Sebenarnya ada lagi kelebihan2 hari yang lain..Tapi tak kanlah Zati nak taip semua...Banyak tu..!Ok lah kalau nak tahu selanjutnya(kelebihan-kelebihan hari yang lain..)tunggulah post Zati yang seterusnya..hehe.. :)semoga berjumpa lagi didalam blog..!!
Wassalamu’alaikum J
~ma'assalama..~
No comments:
Post a Comment