Sunday, 23 December 2012

Rahsia Kelebihan Hari Selasa..

Assalamualaikum >.<

Hai!!semua rakan-rakan blogku..
Hari nie Zati nak ceritakan sedikit tentang...
"Rahsia Kelebihan Hari Selasa"
Kalau ada yang belum baca lagi rahsia hari Isnin,
boleh lah ke link nie... ~Rahsia Kelebihan Hari Isnin~
Ok lah Zati nak sambung nie..

Anas bin Malik ra. meriwayatkan,ia berkata:"Rasulullah SAW ditanya tentang hari 
Selasa,maka Rasulullah menjawab:Hari Selasa adalah hari berdarah.Sahabat bertanya:Mengapa demikian ya Rasulullah?Rasulullah menjawab :kerana pada hari itulah Siti Hawa haid dan putera Nabi Adam membunuh saudaranya sendiri."

                        Firman ALLAH SWT bermaksud:

"Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil & Qabil) menurut yang sebenarnya.Ketika keduanya mempersembahkan korban.Maka diterima dari salah seorang daripada mereka berdua(Habil) dan tidak diterima dari yang lain(Qabil).
Ia berkata (Qabil):"Aku pasti membunuhmu!.Berkata Habil:Sesungguhnya ALLAH SWT hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa." (Ai-Maidah:27)

Sebahagian ulama mengatakan bahawa pada hari Selasa terjadinya peristiwa 7 jiwa yang dibunuh,iaitu:

1.Jurjais as.
2.Yahya as.a
3.Zakaria as.
4.Tukang Sihir Fir'aun.
5.Asiah binti Muzahim,isteri Fir'aun.
6.Sahib Sapi Bani Israil.
7.Habil,putera Nabi Adam as.

Ha!inilah di antara kelebihan - kelebihan hari Selasa! Kalau korang nak tahu tentang hari2 yang lain..tunggulah post saya yang seterusnya!!! Oklah sampai di sini saja dahulu..
Wassalamu’alaikuJ
~ma'assalama..~

Saturday, 22 December 2012

~Rahsia Kelebihan Hari Isnin~

  Assalamualaikum >.<

Hai,apa khabar semua rakan2 bloggers..??
~Semoga sihat sejahtera~
Hari nie Zati nak ceritakan sedikit tentang..Ha!!yang kat atas tu lah..iaitu.
"Rahsia Kelebihan Hari Isnin.."

Pada hari Isnin ini banyak terjadi peristiwa-peristiwa dan kisah-kisah yang mempunyai keutamaannya.Terutamanya berkaitan tentang pesan-pesan ALLAH SWT kepada para Nabi dan Rasul agar menyembah hanya kepada ALLAH SWT.

          Firman ALLAH SWT bermaksud:

             "Janganlah kamu menyembah dua tuhan,sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa,maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut."(An-Nahl:51)

         Anas bin Malik ra. berkata:"Rasulullah SAW telah ditanya oleh para sahabat tentang hari Isnin.Baginda menjawab:Hari Isnin adalah hari pelayaran dan perniagaan.Kemudian mereka bertanya lagi.Mengapa demikian Wahai Rasulullah?Baginda menjawab lagi.Kerana Nabi Syaits as.telah berlayar pada hari Isnin untuk berniaga dan beliau mendapat keuntungan yang banyak dalam perniagaan itu."
                                                                                                                      
    Kemudian sebahagian ulama telah mengatakan bahawa ALLAH SWT telah menentukan hari Isnin  itu mempunyai tujuh keutamaan atau kelebihan:

1. Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin.
2.Nabi Musa as. telah pergi ke Bukit Thursina pada hari Isnin.
3.Turun ayat tentang ke-Esaan ALLAH SWT pada hari Isnin.
4.Rasulullah SAW telah dilahirkan pada hari Isnin.
5.Jibril as. turun pertama kalinya menemui Rasulullah SAW pada hari Isnin.
6.Semua amal-umat ditunjukkan kepada Rasulullah SAW pada hari Isnin.
7.Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin.

     Ha!!inilah dia di antara kelebihan2 hari Isnin..Sebenarnya ada lagi kelebihan2 hari yang lain..Tapi tak kanlah Zati nak taip semua...Banyak tu..!Ok lah kalau nak tahu selanjutnya(kelebihan-kelebihan hari yang lain..)tunggulah post Zati yang seterusnya..hehe.. :)semoga berjumpa lagi didalam blog..!!
Wassalamu’alaikum J
 ~ma'assalama..~

Friday, 21 December 2012

PENGENALAN

Assalamualaikum >.<

Hai,rakan-rakan bloggers..

Saya nak memperkenalkan diri saya..Firstly,nama saya Ummi Izzati bt. Mohamad Jamahari.Baru berumur 12 tahun.Menuntut...di SK Sijangkang..Saya tinggal di Telok Panglima Garang,Selangor,Darul Ehsan..Boleh panggil saya Ummi/Zati atau ape2 je lah yang korang suke..(Insya-Allah saya tak kisah..)..Ni sebenarnya blog ke-2 saya..hehe.. :) Tapi saya masih setahun jagung..dan banyak yang harus  dipelajari lagi...so,saya harap korang semua bolehlah tolong ajar sikit2..kalau ajar banyak2 lagi bagus(alhamdulillah)
..:) jika nak berkenalan ..(Insya-Allah boleh je..)Oklah saya pun dah tak tahu nak cakap ape lagi..tunggulah post saya yang seterusnya..(kalau sempatlh)..
~ma'assalama~

   Wassalamu’alaikum J